Pada 28 Jun 1999, sebuah kelas tingkatan 6 telah dibuka di SMK Telupid dengan seramai 35 orang pelajar. Oleh kerana bilangan pelajar yang layak ke tingkatan 6 dari sekitar daerah Telupid, Kinabatangan dan Pinangah terlalu tinggi, sebuah lagi kelas tingkatan 6 telah dibuka pada 28 Julai 1999. Kini(2001), SMK Telupid mempunyai seramai 65 orang pelajar Tingkatan 6 atas dan 36 orang pelajar tingkatan 6 rendah.

Bangunan asal SMK Telupid mengandungi 3 blok yang terdiri daripada:
�     20 buah Bilik Darjah(16 buah sahaja digunakan sebagai kelas)
�     3 buah makmal Sains
�     6 buah Tandas
�     3 buah Stor
�     1 buah Perpustakaan
�     1 buah Bilik Guru
�     1 buah Pejabat
�     1 buah Pejabat Pengetua
�     1 buah bilik ERT
�     1 buah bilik P. Seni
�     1 buah Bengkel
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN:
�     1 buah Dewan Serbaguna
�     1 buah surau
�     1 buah padang
�     1 buah gelanggang tennis
�     2 buah gelanggang bola tampar
�     1 buah gelanggang sepak takraw
�     3 blok (4 tingkat) flat guru
�     2 blok rumah pekerja (staf sokongan SMK Telupid)
�     1 blok asrama puteri(2 tingkat)
�     2 blok asrama putera(2 tingkat)
�     1 buah dewan makan asrama
�     1 buah rumah kediaman pengetua
*Kini, SMK Telupid sedang berusaha untuk mencapai tahap pendidikan seiring dengan pencapaian sekolah-sekolah lain di negara ini. Jumlah mutakhir pelajar-pelajar di SMK Telupid pada tahun 1999 ialah 1,200 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 71 orang. Sehingga September 2002, bilangan pelajar telah menjangkau 1,367 orang dengan tenaga pengajar seramai 74 orang.
[MENU UTAMA][PENTADBIRAN]
[MISI][LAMBANG][LAGU]
[BUKU PELAWAT]