PERKEMBANGAN SEKOLAH:
Oleh kerana sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah di daerah kecil Telupid, bilangan pelajarnya semakin bertambah. Sekolah lama di kawasan JKR ini telah tidak dapat menampung pertambahan tersebut. Dengan Ihsan daripada Jabatan Perhutanan, sebidang tanah seluas kira-kira 24 ekar milik jabatan tersebut telah diberikan kepada Jabatan Pendidikan sebagai tapak pembinaan sekolah baru SMK Telupid pada tahun 1985. Sekolah ini siap sepenuhnya dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1987.
Dengan itu, pada 1 Julai 1987, SMK Telupid telah mempunyai bangunan sendiri dan menampung kelas Tingkatan 1, 2 dan 3. Pada tahun 1988, kelas Tingkatan 4 pula dibuka sebanyak 3 kelas dan seterusnya kelas tingkatan 5 sebanyak 3 kelas bermula pada tahun berikutnya. Pada tahun 1999, bilangan kelas telah mencecah kepada 37 buah. Pada tahun 1999 juga,SMK Telupid cawangan Entilibon(SMKTCE) telah dibuka dan dimulakan dengan 2 buah kelas tingkatan 1. Seramai 67 orang pelajar dari SK. Entilibon dan SK. Linayukan menjadi pelajar perintis di sekolah ini. 4 orang guru telah ditugaskan untuk mengajar di sekolah tersebut termasuk En. Raimin Jainal sebagai ketua pada masa itu. [BERSAMBUNG-->]
[MENU] [PENTADBIRAN] [MISI] [LAGU SEKOLAH] [MISI]
[LAMBANG]
[BUKU PELAWAT]